Seperti ramai yang telah sedia maklum, nombor plat kenderaan "WWW 1", berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai, memenangi nombor plat "WWW 15 (RM24,200). Baginda memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Macam-macam pandangan kelihatan dilaman web popular facebook. Ada yang positif, ada yang negatif, ada jugak yang blur blur.hehe.. Fiza sendiri ada juga bercerita dan menyebut-nyebut pasal no plat WWW ni. Kalau ikut fiza, memang cantik la kan WWW tu. Bukan selalu ada, unik gitu. Ada jugak la zerangan nak dapatkan.hehe Kalau fiza sendiri, fiza suka kalau no plat tu WWW 123. Macam comel jer. Namun angan-angan itu tidak kesampaian.. Tapiiiiii...fiza ada satu lagi cita-cita iaitu, untuk memiliki kereta sendiri dengan no plat **F 124. Tak kesah la apa huruf kat depan tu, tapi F 124 tu mewakili nama fiza sendiri. Semoga tercapai hasrat hati ku itu. Amin...
Doakan fiza yer..